Thursday 9 February 2012

Calon Relevan MB Pahang

Setakat nie, Dato' Seri Di Raja dah 3 penggal memerintah / mentadbir Negeri Pahang yang makmur ni. 
Masih relevan lagi kah beliau dipilih sebagai Menteri Besar Pahang lepas PRU 13 ini. ???? tapi tak salah kalau beliau memberi peluang kepada muka-muka baru kan... 

Gadis, makin terdengar-dengar sok sek sok sek sana sini, calon-calon yang layak menggantikan 
Dato' SRI di Raja ni... agak-agak sengit jugak lah kan...setiap daerah, setiap dun, setiap pelusuk semua
ada calon-calon mereka sendiri. Semua mungkin menyimpan hasrat jadi MB, mereka yang nak atau pun ada yang mengacah kan.... ???

Apa-apa pun, Gadis ucapkan all the best, buatlah yang terbaik untuk rakyat dan negeri khasnya
jangan sampai tergadai negeri sudah... eeeh ada ke istilah tu...

sama2 lah kita nantikan siapa yang layak, harap2 biarlah 'beliau' itu betul2 mengambil berat orangnya, jangan pula berat sebelah, peramah, memahami, yang penting sekali friendly bukan hanya diruar2 didada akbar pemimpin berjiwa rakyat tetapi biarlah tulus ikhlas dari hati.... kalau niat yang ikhlas, tak mustahil 'beliau'
boleh diterima oleh rakyat Pahang

Tuesday 7 February 2012

Roadshow Si GADIS

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, terfikir-fikir apa maksud JERAYAWARA SI GADIS


tak susah pun nak faham, 


Jerayawara bermaksud : Persembahan, pameran, ceramah atau lebih mudah ROADSHOW yang diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang contohnya penyanyi atau ahli politik 


(ah, Gadis bukan penyanyi, tp gadis suka dengar orang menyanyi dan menyanyi, Gadis juga bukan ahli politik tapi Gadis suka bersama mereka, lebih-lebih lagi mereka yang bijak berkata-kata laksana ahli politik)


JERAYAWARA juga bertujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu, mempromosi sesuatu dari satu tempat ke tempat yang lain.


JERAYAWARA SI GADIS menzahirkan rasa hati bukan sekadar dari hati sendiri malah dari hati mereka...mereka dan mereka.... di luar sana....

Monday 6 February 2012

Zahar MENGAMUK...?????

Terzahir sudah, Penyelaras DUN Damak, YBM Tengku sendiri hahahhaha
bukan KW, bukan sapa2 dah.... semua Penyelaras2 DUN diumumkan hari ni bersama barisan pengerusi zon masing2

Zahar apa cer...????? Ni duk wat spekulasi plak, kalau tak ada dia as Pengerusi Penyelaras
program yang coming soon ni tak jadi, x de orang nak pergi.. oh yea..??? tergugat nya rasa..
betul ke..??? kenapa macam ni..??? 
come on lah relax aaar...
sblm ni, orang dah bagi tanggungjawab tak nak galas betul2 dah tercicir,
nak salah sana sini... sebab itu lain kali kalau nak menunding jari, jangan lupa
ada 3 jari lagi yang menunding pada diri sendiri....

nampaknya ada orang dah cabar kredibiliti SUB ni, mampu kah, beliau melaksanakan
program selepas ini...??? sama2 kita nantikan...

Wednesday 1 February 2012

Suara ANEH dari langit Samarahan

Dalam duk layan2 mengantuk, terbuka pula berita pasal nie...
bila mana warga Kampung Endap di Kota Samarahan yang tak boleh tido akibat kedengaran bunyi aneh memenuhi ruang udara pada waktu malam yang akan berhenti menjelang subuh....


turut dinyatakan bunyi tersebut juga kedengaran di 18 buah negara yang lain, tapi tak disebutkan pula negara mana... apa yang berlaku keesokan harinya ??? ada yang mengatakan ini projek US, projek HAARP entah iya entah tidak, yg mana bunyi  exactly same macam 
first scene "strange noises around the world".. bunyi sblm tsunami 


melanda jepun... biar betol nie...


ada teori mengatakan ini bunyi dari kulang yang beroperasi berhampiran tetapi pihak kilang menyangkal kerana mereka sudah beroperasi selama 10 tahun dan mengapa hanya kini mahu membuat bunyi aneh...

saksi juga mengatakan bunyi ini datang dari langit dan bukan dari kilang, kedengaran amat menakutkan juga yea...



Monday 30 January 2012

PENYELARAS DUN DAMAK DIPECAT...???????

Baru je nak terlena, dah dapat khabar berita gempar...

PENYELARAS DUN DAMAK kena PECAT..???????

sahih ke tak nie...????? kenapa di pecat...??????

sapa yang memecat....????

sape yang mengganti...???? mungkin kah..???? ini penggantinya..???

Salam Sayang

Lama sungguh tak menjenguk blog nie.... kesibukan yang melampau membuatkan aku... terleka seketika...
kala ini ada waktu yang mampu diseliti lalu... jemari rancak mengetik huruf-huruf dipetak ini...


Letih... ingin saja aku berhenti dari semua
tapi... apakan daya, perjuangan masih belum selesai,
masih jauh perjalanan ku.. masih banyak yang harus ke tempuhi
ini hanya mungkin dari separuh kehidupan... aaaah.. mampukan usia ku menginjak ke 60 tahun ???
insya allah andai ada ketentuan dari Illahi...


aku letih.... letih.. letih.. dan pohon diri seketika....
bukan nya apa... mahu tidur... yuk... 

Sara 1 Malaysia

Baru- baru ini ,Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Skim Amanah 


Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang dikatakan akan memberi manfaat kepada 100,000 isi 


rumah yang berpendapatan rendah. Perkara ini telah pun diumumkan semasa Bajet 2012 


dibentangkan di parlimen pada tahun lepas.



Hari ni dah start orang ramai berpusu-pusu datang ke bank2 terlibat untuk mengambil borang. 


Jadi kepada sesiapa yang mengambil borang te... jangan berharap sangat permohonan akan 


diluluskan yer.. pasei permohonan tu akan ditapis oleh ASNB... baca nota kat bawoh ni untuk 


keterangan lanjut....:m

SYARAT-SYARAT.

Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional 



Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan 


pelaburan yang dibuat jika layak menyertainya.

Tarikh Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula adalah pada 30 Januari 2012.


Keistimewaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

> Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah 



Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).


> Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh 


pinjaman 5 tahun.


> Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa 


mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.


Ciri-Ciri Pinjaman Untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)
> Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.


> Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).


> Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau 


sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.


> Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:

1. Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut


2. Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan


3. Peserta didapati muflis; atau


4. Peserta meninggal dunia.


Syarat Kelayakan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 



tahun


2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000


3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman


4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank


5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan 


yang diuruskan oleh ASNB:


- Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);


- ASB Sejahtera; dan


- ASW 2020 Bandar

> Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah 



ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari 


RM10,000


> Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah

> Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) 



sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:

-Bumiputera – 50%


-Cina – 30%


-India – 15%


-Lain-lain – 5%

> Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman


> Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja



Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan 


antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:

> Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan


>Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.

Dokumen Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

Dokumen Utama

> Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)


> Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat


> Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1


> Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21


> Borang Jualan Balik ASNB 31


> Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3


> Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)


Dokumen Sokongan

> Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan


> Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan


> Dokumen Pengesahan Pendapatan


- Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU 


Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.


- Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan 


perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.

* BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI – sama ada 



Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan 


Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen