Wednesday 2 November 2011

Angelina & Angelica si Kembar SIAM

Comel bukan wajah mereka, Angelina dan Angelica Sabuso, kanak-kanak perempuan dilahirkan di Filipina sebagai kembar siam yang bercantum dibahagian dada atau dikenali thoraco-omphalopagus lebih kurang 2 tahun yang lalu. Berjaya dipisahkan setelah melalui pembedahan yang berlangsung hampir 10 jam  di Children's Hospital, Stanford San Francisco 


Menurut salah seorang pakar bedah, Hati adalah bahagian yang sulit untuk dibedah kerana kedua anak itu berkongsi di bahagian Hati selain diafragma, tulang-tulang dada, otot-otot dada dan dinding perut.
Menurutnya lagi, jantung mereka yang tidak berkongsi membuatkan operasi ini lebih mudah dijalankan. 

Semasa artikel ini ditulis, Angelina dan Angelica masih berada di ICU dan akan menjalani pembedahan susulan bagi proses menampal/menutup. Mereka dijangka berada di sana selama beberapa minggu bagi proses perawatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah mereka di San Jose California bersama keluarga mereka

No comments:

Post a Comment